Wednesday, April 1, 2009

Problems: Part 1

Now nak citer pasal problem pulak.
Problem pada kereta aku banyak jadi lepas hantar cat hitam tu. Aku listkan satu persatu:

1) Bonet belakang tempat simpan spare tayar penuh dengan air lepas hujan. 
-Problem settle lepas tukar getah keliling bonet belakang dan letak silikon kat tempat2 yang ada kemungkinan air akan masuk. Total damage: RM200 including workmanship and the rubber lining.

2) Absorber bonet belakang rosak-bonet belakang tak boleh naik. Yang ini aku suspek tukang cat tu punya member (pakai Satria jugak) yang curi. Sebab aku punya sebelum ni memang elok. 
-Sape2 yang ada problem ni, aku cadangkan tukar dengan original Proton sebab kedai potong punya susah nak cari condition yang elok and one more thing, skru yang melekat ke body tu tak sama dengan Proton punya. Satu lagi panjang dia tak sama dan biasanya absorber tu leaking. Harga original Proton punya: RM200++ (tak silap aku)

3) Roof lining kiri kanan tercabut sebab klip dia patah. Ni semua gara-gara tukang cat yang samdol pegi cabut jer terus roof lining tu. Benda ni original Proton mahal sangat (RM300++), so kepada sesiapa yang nak pegi hantar cat tolong ingatkan tukang cat supaya take extra careful dengan benda ni atau lagi senang takyah cabut! Lagi satu, kalau benda ni takde, air akan boleh masuk bila hujan lebat time driving. Air akan masuk dengan begitu laju dan akan keluar pada atas klac pedal. So, keter aku lepas hujan memang ada satu bau lembab semacam!
-Baru ganti dengan used punya thanks to a friend. Dah test jalan kat hujan lebat tak ingat. Dah tak masuk air dah! :)

4) Alternator!!!
Benda kecik ni for record, dah rosak 3 kali dah (3-3 tukar recond sebab terdesak). Harga dalam RM250 recond tapi lepas ni kalau rosak lagi, confirm aku tukar kedai potong punya sebab alternator recond memang tak tahan. Baru punya dalam RM700++ memang tak mampu. Kedai potong punya dalam RM200. Benda kecik ni kalau rosak tengah-tengah jalan memang bahaya.

5) Oil leaking.
Top overhaul dah 2 kali. First was in 2005 (oil leaking tak ingat) and second was in 2007. Yang second ni actually sebab piston ring haus. Ni semua gara-gara tak check minyak engine sebelum jalan jauh. Haih... Nasib baik time tu dah sampai KL.

6) Aircond. Malas nak citer. Buat sakit hati! (Later I'll post full details of my experience with aircond problem)

7) Throttle body problem - rpm tak stabil. Just change it recently with 4G93 SOHC for only RM200 (used). Recond unit will cost around RM450. 
















8) Lower arm (tulang anjing)
Bunyik mcm ada cencurut kat belakang. Sila pergi tukar. Murah jer (less than RM50)

9) Bumbung berkarat sampai berlubang. This one is THE ultimate problem of all because it cost THOUSANDS to repair it! (Later I'll post full details on this)

2 comments:

  1. umar, kalau alternator rosak, kau pergi cari specialist. aku dulu kena masa on the way balik kampung beb... tapi aku redah je tak matikan enjin lansung lepas tu... nasib baik sampai rumah kampung sebelum gelap...sebab masa tu battery dah out gila, wiper tak jalan, lampu kereta apa lagi.

    so kalau specialist ni, dia akan servis alternator kau dulu. kalau betul-betul rosak baru dia tukar. aku lepas servis itu hari bayar dalam 70 ringgit je, tahan sampai sekarang (dah setahun dah).

    ReplyDelete
  2. Bro yang absorber bonet belakang confirm ke tak boleh beli dari kedai spare part? Sb proton punya kalau RM200 mahai oo bang. 1 lagi ko penah buat top overhaul ke? Tanda2 kena wat overhaul ni macam ada leaking di engine dan asap putih keluar? ( aku punya kuar sikit asapnya ) tapi bau ekzok tengit gila la. Kos buat berapa dan di mana?

    ReplyDelete