Tuesday, March 31, 2009

History: Part 2

Sejarah kereta aku, bahagian kedua.

Setelah beberapa bulan menggunakan kereta ni, aku jadi addicted kat forum-forum kereta seperti Terato dan ZTH. Situ jugak aku belajar serba sedikit tentang asal-usul Proton Satria ni dan problem2 yang selalu menimpa pengguna kereta ni. Proton Satria ni dikeluarkan oleh Proton dengan mengambil kereta Mitsubishi Mirage sebagai platform (rebadged). First model Proton Satria memang sebijik macam Mitsubishi Mirage (circa 95-96), cuma bahagian depan je Proton tukar. Second model Proton Satria ni pulak (first facelift) Proton tukar bahagian belakang iaitu bonet dan bumper mengikut design Proton sendiri (aku rasalah..). Lepas tu tahun 98 keluar Proton Satria GTi dengan engine 4G93 DOHC (1.8) dan lepas tu keluar lagi beberapa varian seperti Satria SE dengan design bumper depan yang baru. Last sekali Proton keluarkan limited edition Satria R3 yang bagi aku hanya "souped up" GTi dengan beberapa barang R3 disumbat ke dalam kereta tu. Proton Satria diberhentikan production-nya pada tahun 2007 (tak silap aku) setelah Proton Satria NEO berada di pasaran dengan engine Campro keluaran Proton sendiri. 

Modifikasi terhadap kereta aku bermula apabila ex-housemate aku yang juga merupakan pengguna Satria jugak meng-offer aku satu set bahagian depan Mirage Cyborg (bumper dengan foglight kuning, fender, headlamp dan hood) pada harga yang agak murah. So, aku sebagai seorang yang suka menghabiskan duit PTPTN time tu apa lagi. Terus amik. Lepas dah pasang kat kedai ketuk dekat dgn rumah aku time tu, aku jadi tak puas hati sebab macam tak lengkap. So aku pun mula mencari bahagian2 lain seperti spoiler belakang, lips dan side skirt. Memang susah nak carik benda2 kecik ni dan hasil kunjungan ke kedai potong tak membuahkan hasil. Dah rezeki aku, time tu aku dengan membe aku pergi ke Mun Lee, Puchong nak cari benda2 tu tapi seperti biasa, diorang memang tak layan punya. Tapi ada satu mamat ni tanya kitorang nak cari barang apa. Kitorang pun cakap nak cari side skirt dengan lips depan. Pastu dia pun bagi no contact mamat ni. Aku pun contact dan dia suruh datang kat Batu Caves ambik barang. Spoiler pulak aku jumpa kat kedai potong dekat dengan rumah aku time tu kat Ampang dengan harga yang agak boleh tahan tapi sebab susah nak carik time tu, angkat jugak. Orang cakap sport rim kat Klang murah2 so kitorang pun pergi dan aku pun trade in sport rim aku dengan sport rim Enkei (Taiwan) sekali dengan 4-4 tayar dengan lug dengan harga yang murah gila. So, Klang memang terbukti murah! Setelah beberapa bulan kereta aku macam kete tak siap, aku pun pergi hantar cat Panther Black kat kedai membe bapak aku.

Dan inilah hasilnya: 

Facelift kedua (2004-2005)



Friday, March 27, 2009

History: Part 1

Sejarah kereta aku, bahagian pertama.

Sebelum pakai kete ni, aku pakai kete Wira Aeroback kakak aku punye yang dah jadi mcm aku punya sebab kakak aku di-ban dari bawak apa2 jenis kenderaan sebab selalu sgt eksiden. Time tu aku ada sebiji skuter VS125 yang dah di-airbrush-kan. Tapi disebabkan kemalangan motosikal yang meragut nyawa arwah adik aku pada tahun 2003, mak aku jadi fobia tengok anak dia bawak motor. So, sebagai menyahut seruan mak aku yang tanak anak dia bawak motor, aku pun jual skuter aku tu dan buat modal downpayment keter ni. 

Lama jugak nak carik kete Satria 1.6 time tu tapi berkat kesabaran dan usaha aku dan bapak aku mencari, akhirnya kitorang jumpa sebuah keter Proton Satria 1.6 Pearl White kat sebuah used car kat Pandan Jaya. Bila tanya tokei used car tu, dia ckp kete ni UK Specs.. aku pun tak paham apa yang UK Specs nye tapi bila aku masuk, tgk dalam baru aku tau yang aircond dia ada heater dan meter dia dalam MPH bukan KMH macam standard punye. Selain tu, aku ada jugak dgr2 orang ckp body UK Specs ni lagi tebal dlm beberapa mm dari body standard sebagai menapati piawaian ketat yang dibuat oleh UK bagi kereta yang nak masuk ke dalam negara diorang... Kata oranglah.. aku pun taktau betul ke tak. So after deal dgn tokei kedai tu dan bawak kete ni untuk testing for awhile, aku dan bapak aku pun jadi nak angkat kete ni. 

Problem 1:

Baru je beberapa bulan bwk kete ni, rpm kete ni jadi gila. Time idle dia turun naik. Pastu bwk pegi pomen, throttle body dah kong. Time tu jugak aku baru tau owner lama pakai throttle body Perdana SEi. So lepas tuka throttle body recond, problem pun settle. 

Ni lah rupanya keter aku dalam facelift yang pertama (2003) :



Missed the Ah-Beng's colour!!!

Thursday, March 19, 2009

First post

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Blog ini direka sebab aku nak share experience aku dalam restore kereta Proton Satria aku yang dah pun berusia 13 tahun (register 1996). Plan asal untuk dispose kete ni tak jadi sebab value kete ni takde (rendah sgt used car nak amik) dlm pasaran jualan balik. So, dari jual dan menanggung kerugian pastu nak beli kereta baru dan hutang lagi selama 9 tahun; aku pun buat keputusan untuk pakai je kereta ni untuk few more years before tukar kereta baru (tapi kete ni simpan jer tak jual :P) Well, thats the plan. We never know what ahead of us.