Friday, April 10, 2009

History: Part 3

Actually aku ada satu penyakit. Penyakit ni bukan sahaja berbahaya kepada aku malah kepada orang lain. Bukan... bukan AIDS! Penyakit aku ialah aku bila bawak kete (selalunya malam tapi siang2 pun penah gak) aku senang terTIDO!!! Bukan sengaja tapi aku memang susah nak kawal mata aku dari terlelap time bawak kete. Selalunya aku boleh kawal kete aku walaupun mata terlelap2 tapi bak kata pepatah, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". 

Pada satu malam di tahun 2005, aku terlelap masa bawak kete dan telah secara tak sengaja terlanggar sebuah motor dari bahagian belakang. Masa tu aku serius tak ingat apa2 (mimpi pun tak), tapi apa yang aku ingat ialah bila aku bukak mata, motor depan aku tu dah dekat sangat dan apa lagi aku pun brek kuat gila tapi dah dekat sangat, ke4-4 disk brek pun tak mampu menahan kereta dari melanggar motor kat depan aku ni. Mamat tu tercampak dan nasib dia baik sebab tak mengalami kecederaan serius, cuma rasa sengal kat bahagian kaki. Lepas aku berhenti dan tengok keadaan brader tu, aku pun bwk brader tu ke tepi dan angkat moto dia dan bawak ke tepi gak. Time tu Tuhan saje yang tau betapa menyesalnye aku tertido tadi. Tak sampai 5 minit tiba2 ada sebijik Satria runner datang. Entah dari mana dapat tau ada eksiden aku pun tatau. Brader runner tu tolong angkat moto naik lori yang datang kemudian dan terus tow kete aku pegi bengkel. 

Yang aku kecewa sangat ialah kete tu baru je dalam 2 minggu baru buat top overhaul. Pastu engine pulak baru lepas cuci and baru lepas ganti silicone hos dan filter element untuk HKS Open Pod tu. Haih.. malang tak berbau (memang takde bau pun). Lepas tu sebulan lebih aku tak berkereta. Patah kaki terus time tu rasanya. Takpe, I deserve it! Hanta kete tu kat bengkel kat taman perindustrian kat Jalan Klang Lama. Lagi satu yang menambahkan kekecewaan aku ialah bengkel tu tak dapat cari replacement untuk bumper mivec dgn foglight kuning beserta dengan lips yang dah pecah (jangan ingat original tak pecah) :( Diorang cuma ganti dengan bumper mivec foglight putih tanpa lips :( 

Lepas kejadian ni, aku pun bersara dari dunia permotoran sebab terlampau kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Aku takde mod apa2 dah kete aku lepas dari kejadian ni. Basuh kete pun jarang gila. Huhuhuhu... 

Eksiden!















Nak sgt tengok engine aku? Nah!!!















Ohh foglight kuningku!!!! Tidaakkkk!!!!















Sila berhati-hati di jalan raya!















Gamba ni ambik betul2 lepas ambik kete dari bengkel. 















Macam ni lah rupa kete aku sampai sekarang. Sekian.

p/s: sila berhenti rehat di kawasan R&R yang berdekatan untuk mendapatkan kembali tenaga anda sewaktu memandu

2 comments:

  1. bukan aku ngan aymang dtg di tempat kejadian ke lpas tu. kau tk igt. =c

    ReplyDelete
  2. Wonderful blog post. This is absolute magic from you! I have never seen a more wonderful post than this one. You've really made my day today with this. I hope you keep this up!
    car removal brisbane
    car removal in brisbane

    ReplyDelete