Saturday, April 25, 2009

History: Part IV (Final Episode)

Kereta aku hampir pernah kena "masuk" pencuri dulu. Berlaku kat Subang SS15, time tu baru lepas main futsal dengan budak-budak sekolah lama. Tapi nasib aku baik, belum sempat pencuri tu nak kopek handle pintu aku, aku pun dah balik ke kereta. Aku tak sedar pun time tu kereta aku hampir dirompak, tapi hanya sedar keesokan harinya bila mak aku nak masuk dalam kereta. Handle tu dah terkopak. So close.

Tahun 2008, time tu aku baru je tukar kerja baru. Kerja shift, so malam sebelum kejadian tu berlaku, aku kerja masuk petang (3pm - 12am). So sampai rumah time tu dah nak dekat pukul 1. Aku perasan satu benda masa on the way ke rumah aku malam tu. Ada sebiji EVO 6 kaler biru ikut aku dari belakang sampai simpang nak masuk lorong rumah aku dia pergi jalan lain. Setahu aku, area rumah aku tu memang takde EVO 6 langsung. Kereta yang paling power pun ialah Putra Turbo kaler putih. Aku takde suspect apa-apa pun, so aku pun park kereta aku kat tempat biasa aku park. Rumah aku nak diikutkan memang agak sunyi sebab hujung skali dan depan tu takde rumah, hutan semata-mata. Dah nasib agaknya, pagi-pagi aku bangun esoknya, bukak kereta aku dan tengok macam bersepah... Aku pun pelik, apehal macam ni kereta aku? Bila aku tengok depan sikit kat bahagian dashboard..... Nahhhh... Baru aku tau yang kereta aku dah dipecah masuk oleh perompak dan telah merompak Kenwood Double-Din OEM Toyota Estima dan 2 beg CD case yang berisi penuh CD-CD termasuk CD original MEW dan RHCP-By The Way. MEW tu yang aku paling sedih hilang sebab aku beli secara pos terus dari Denmark. Arrgghhhhh!!!! 

Mana perginya cermin aku?














Owh... dah kena pecah rupanya...














Aik? Mana perginya double din aku?














Malam tu jer, rupanya 3 biji kereta termasuk aku kena pecah kat area rumah aku. Ada operasi besar-besaran rupanya. Nasib baik aku insured aku punya windscreen, so boleh claim. Tapi double din hilang tu memang sedihlah. Lama aku pakai benda tu.. sejak first year pakai kereta ni lagi.. dan 2 beg cd tu yang mengandungi semua lagu-lagu favorite aku dari dulu. Haih... apa nak buat.. dah Takdir. 

So guys, please be extra careful when you park your car. This happened right in front of my house so anywhere is not safe! If can, park your car inside your house and use some safety tint like Llumar or something so that they will take sometime to actually break your car. Use security devices like alarm or GPS tracking system if possible.

Now aku dah pindah ke gated housing area with 24 hours security watch tapi kalau benda nak jadi, jadi jugak.

Good luck.

Friday, April 10, 2009

History: Part 3

Actually aku ada satu penyakit. Penyakit ni bukan sahaja berbahaya kepada aku malah kepada orang lain. Bukan... bukan AIDS! Penyakit aku ialah aku bila bawak kete (selalunya malam tapi siang2 pun penah gak) aku senang terTIDO!!! Bukan sengaja tapi aku memang susah nak kawal mata aku dari terlelap time bawak kete. Selalunya aku boleh kawal kete aku walaupun mata terlelap2 tapi bak kata pepatah, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". 

Pada satu malam di tahun 2005, aku terlelap masa bawak kete dan telah secara tak sengaja terlanggar sebuah motor dari bahagian belakang. Masa tu aku serius tak ingat apa2 (mimpi pun tak), tapi apa yang aku ingat ialah bila aku bukak mata, motor depan aku tu dah dekat sangat dan apa lagi aku pun brek kuat gila tapi dah dekat sangat, ke4-4 disk brek pun tak mampu menahan kereta dari melanggar motor kat depan aku ni. Mamat tu tercampak dan nasib dia baik sebab tak mengalami kecederaan serius, cuma rasa sengal kat bahagian kaki. Lepas aku berhenti dan tengok keadaan brader tu, aku pun bwk brader tu ke tepi dan angkat moto dia dan bawak ke tepi gak. Time tu Tuhan saje yang tau betapa menyesalnye aku tertido tadi. Tak sampai 5 minit tiba2 ada sebijik Satria runner datang. Entah dari mana dapat tau ada eksiden aku pun tatau. Brader runner tu tolong angkat moto naik lori yang datang kemudian dan terus tow kete aku pegi bengkel. 

Yang aku kecewa sangat ialah kete tu baru je dalam 2 minggu baru buat top overhaul. Pastu engine pulak baru lepas cuci and baru lepas ganti silicone hos dan filter element untuk HKS Open Pod tu. Haih.. malang tak berbau (memang takde bau pun). Lepas tu sebulan lebih aku tak berkereta. Patah kaki terus time tu rasanya. Takpe, I deserve it! Hanta kete tu kat bengkel kat taman perindustrian kat Jalan Klang Lama. Lagi satu yang menambahkan kekecewaan aku ialah bengkel tu tak dapat cari replacement untuk bumper mivec dgn foglight kuning beserta dengan lips yang dah pecah (jangan ingat original tak pecah) :( Diorang cuma ganti dengan bumper mivec foglight putih tanpa lips :( 

Lepas kejadian ni, aku pun bersara dari dunia permotoran sebab terlampau kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Aku takde mod apa2 dah kete aku lepas dari kejadian ni. Basuh kete pun jarang gila. Huhuhuhu... 

Eksiden!















Nak sgt tengok engine aku? Nah!!!















Ohh foglight kuningku!!!! Tidaakkkk!!!!















Sila berhati-hati di jalan raya!















Gamba ni ambik betul2 lepas ambik kete dari bengkel. 















Macam ni lah rupa kete aku sampai sekarang. Sekian.

p/s: sila berhenti rehat di kawasan R&R yang berdekatan untuk mendapatkan kembali tenaga anda sewaktu memandu

Sunday, April 5, 2009

Problems: Part 2 - The Roof Makeover

Intro.

Problem bumbung berkarat ni sebenarnya terkena pada hampir semua pemilik kereta Proton yang keretanya dah berusia hampir atau lebih 10 tahun. Ni semua disebabkan oleh Proton pada masa tersebut menggunakan gam yang berasid dan akan bertindakbalas dengan besi untuk satu jangka masa yang agak panjang dan menyebabkan besi yang terkena pada gam tu akan berkarat. So bila gam tu dah bertindakbalas, batang besi atau orang panggil "tulang" bumbung yang bertindak sebagai support kepada sekeping besi 4 segi (bumbung) tu akan berkarat dan terus merebak kepada bumbung. So, kalau sape yang dah terkena, this explains why karat atau menggelembung tu selari jer. 

So how to solve this problem? 

Good question. Ada beberapa method untuk menyelesaikan masalah bumbung berkarat ni. Nak murah, nak mahal, semua boleh.

Solution 1:
Scrap off semua karat2 tu dari bumbung, taruk simen atau fiber, dan cat semula. Murah (should not cost you more than RM500). TAPI, ini untuk jangka masa yang pendek (tak sampai setahun). Kalau sape berniat nak jual keter, boleh try guna cara ni dan make sure kete tu cepat2 jual sebelum karat tu naik balik!

Solution 2: 
Potong bahagian karat dan tampal dengan mana2 bumbung atau kepingan besi yang sesuai. Ni pun murah tapi kena ingat, benda yang dipotong dan disambung semula tak akan mempunyai daya tahan yang sama dengan yang original. And who knows ada benda jatuh  atas bumbung, time tu kalau bumbung original mungkin hanya kemek, tapi kalau kena cara ni, kemungkinan bumbung yang ditampal tu terus jatuh. Bahaya. Kos dia... tak sure pulak.. tapi should not cost you more than RM1K.

Solution 3:
Cara ni yang paling mahal tapi paling betul dan berkesan. Tukar satu bumbung! Karat ni mcm kanser, dan cara terbaik untuk ubati kanser ialah buang kanser tu terus. Kalau kita potong sekalipun, its still there sebab ada bahagian karat yang tak boleh dibuang iaitu dibagian tulang belakang dan tulang depan sekali sebab dia bersambung dengan chasis kereta. So kalau kita potong bahagian tu dan weld dengan besi lain, JPJ akan cop kete kita kete potong sebab dah kacau chasis. Cara yang ni pulak ialah kita hanya bukak bumbung tu dan ganti dengan bumbung baru tanpa modify original chasis.

So below is step by step on how they remove and install a new roof to my car. Enjoy!

the cancer...















rusty inline















inside roof (roof panel removed)















back bonnet removed















front windscreen removed...















roof removal in progress...















roof removal in progress... ouch!















the "real" satria cabriolet!!!















this is where front bone i said before which attached to chasis 















Mitsubishi Mirage original roof arrive from kedai potongsss















removing the roof...















once the new roof removed, the "bone" is removed and all the previous glue will also removed and scrap with sandpaper. greese is applied to the glue areas to prevent future rust 















the new roof installed















closer look. its all retro-fit :)















Total damage? RM1720 including labour, new windscreen, the roof, new rubber lining and paint

Your money, your choice! 

Wednesday, April 1, 2009

Problems: Part 1

Now nak citer pasal problem pulak.
Problem pada kereta aku banyak jadi lepas hantar cat hitam tu. Aku listkan satu persatu:

1) Bonet belakang tempat simpan spare tayar penuh dengan air lepas hujan. 
-Problem settle lepas tukar getah keliling bonet belakang dan letak silikon kat tempat2 yang ada kemungkinan air akan masuk. Total damage: RM200 including workmanship and the rubber lining.

2) Absorber bonet belakang rosak-bonet belakang tak boleh naik. Yang ini aku suspek tukang cat tu punya member (pakai Satria jugak) yang curi. Sebab aku punya sebelum ni memang elok. 
-Sape2 yang ada problem ni, aku cadangkan tukar dengan original Proton sebab kedai potong punya susah nak cari condition yang elok and one more thing, skru yang melekat ke body tu tak sama dengan Proton punya. Satu lagi panjang dia tak sama dan biasanya absorber tu leaking. Harga original Proton punya: RM200++ (tak silap aku)

3) Roof lining kiri kanan tercabut sebab klip dia patah. Ni semua gara-gara tukang cat yang samdol pegi cabut jer terus roof lining tu. Benda ni original Proton mahal sangat (RM300++), so kepada sesiapa yang nak pegi hantar cat tolong ingatkan tukang cat supaya take extra careful dengan benda ni atau lagi senang takyah cabut! Lagi satu, kalau benda ni takde, air akan boleh masuk bila hujan lebat time driving. Air akan masuk dengan begitu laju dan akan keluar pada atas klac pedal. So, keter aku lepas hujan memang ada satu bau lembab semacam!
-Baru ganti dengan used punya thanks to a friend. Dah test jalan kat hujan lebat tak ingat. Dah tak masuk air dah! :)

4) Alternator!!!
Benda kecik ni for record, dah rosak 3 kali dah (3-3 tukar recond sebab terdesak). Harga dalam RM250 recond tapi lepas ni kalau rosak lagi, confirm aku tukar kedai potong punya sebab alternator recond memang tak tahan. Baru punya dalam RM700++ memang tak mampu. Kedai potong punya dalam RM200. Benda kecik ni kalau rosak tengah-tengah jalan memang bahaya.

5) Oil leaking.
Top overhaul dah 2 kali. First was in 2005 (oil leaking tak ingat) and second was in 2007. Yang second ni actually sebab piston ring haus. Ni semua gara-gara tak check minyak engine sebelum jalan jauh. Haih... Nasib baik time tu dah sampai KL.

6) Aircond. Malas nak citer. Buat sakit hati! (Later I'll post full details of my experience with aircond problem)

7) Throttle body problem - rpm tak stabil. Just change it recently with 4G93 SOHC for only RM200 (used). Recond unit will cost around RM450. 
















8) Lower arm (tulang anjing)
Bunyik mcm ada cencurut kat belakang. Sila pergi tukar. Murah jer (less than RM50)

9) Bumbung berkarat sampai berlubang. This one is THE ultimate problem of all because it cost THOUSANDS to repair it! (Later I'll post full details on this)

Tuesday, March 31, 2009

History: Part 2

Sejarah kereta aku, bahagian kedua.

Setelah beberapa bulan menggunakan kereta ni, aku jadi addicted kat forum-forum kereta seperti Terato dan ZTH. Situ jugak aku belajar serba sedikit tentang asal-usul Proton Satria ni dan problem2 yang selalu menimpa pengguna kereta ni. Proton Satria ni dikeluarkan oleh Proton dengan mengambil kereta Mitsubishi Mirage sebagai platform (rebadged). First model Proton Satria memang sebijik macam Mitsubishi Mirage (circa 95-96), cuma bahagian depan je Proton tukar. Second model Proton Satria ni pulak (first facelift) Proton tukar bahagian belakang iaitu bonet dan bumper mengikut design Proton sendiri (aku rasalah..). Lepas tu tahun 98 keluar Proton Satria GTi dengan engine 4G93 DOHC (1.8) dan lepas tu keluar lagi beberapa varian seperti Satria SE dengan design bumper depan yang baru. Last sekali Proton keluarkan limited edition Satria R3 yang bagi aku hanya "souped up" GTi dengan beberapa barang R3 disumbat ke dalam kereta tu. Proton Satria diberhentikan production-nya pada tahun 2007 (tak silap aku) setelah Proton Satria NEO berada di pasaran dengan engine Campro keluaran Proton sendiri. 

Modifikasi terhadap kereta aku bermula apabila ex-housemate aku yang juga merupakan pengguna Satria jugak meng-offer aku satu set bahagian depan Mirage Cyborg (bumper dengan foglight kuning, fender, headlamp dan hood) pada harga yang agak murah. So, aku sebagai seorang yang suka menghabiskan duit PTPTN time tu apa lagi. Terus amik. Lepas dah pasang kat kedai ketuk dekat dgn rumah aku time tu, aku jadi tak puas hati sebab macam tak lengkap. So aku pun mula mencari bahagian2 lain seperti spoiler belakang, lips dan side skirt. Memang susah nak carik benda2 kecik ni dan hasil kunjungan ke kedai potong tak membuahkan hasil. Dah rezeki aku, time tu aku dengan membe aku pergi ke Mun Lee, Puchong nak cari benda2 tu tapi seperti biasa, diorang memang tak layan punya. Tapi ada satu mamat ni tanya kitorang nak cari barang apa. Kitorang pun cakap nak cari side skirt dengan lips depan. Pastu dia pun bagi no contact mamat ni. Aku pun contact dan dia suruh datang kat Batu Caves ambik barang. Spoiler pulak aku jumpa kat kedai potong dekat dengan rumah aku time tu kat Ampang dengan harga yang agak boleh tahan tapi sebab susah nak carik time tu, angkat jugak. Orang cakap sport rim kat Klang murah2 so kitorang pun pergi dan aku pun trade in sport rim aku dengan sport rim Enkei (Taiwan) sekali dengan 4-4 tayar dengan lug dengan harga yang murah gila. So, Klang memang terbukti murah! Setelah beberapa bulan kereta aku macam kete tak siap, aku pun pergi hantar cat Panther Black kat kedai membe bapak aku.

Dan inilah hasilnya: 

Facelift kedua (2004-2005)



Friday, March 27, 2009

History: Part 1

Sejarah kereta aku, bahagian pertama.

Sebelum pakai kete ni, aku pakai kete Wira Aeroback kakak aku punye yang dah jadi mcm aku punya sebab kakak aku di-ban dari bawak apa2 jenis kenderaan sebab selalu sgt eksiden. Time tu aku ada sebiji skuter VS125 yang dah di-airbrush-kan. Tapi disebabkan kemalangan motosikal yang meragut nyawa arwah adik aku pada tahun 2003, mak aku jadi fobia tengok anak dia bawak motor. So, sebagai menyahut seruan mak aku yang tanak anak dia bawak motor, aku pun jual skuter aku tu dan buat modal downpayment keter ni. 

Lama jugak nak carik kete Satria 1.6 time tu tapi berkat kesabaran dan usaha aku dan bapak aku mencari, akhirnya kitorang jumpa sebuah keter Proton Satria 1.6 Pearl White kat sebuah used car kat Pandan Jaya. Bila tanya tokei used car tu, dia ckp kete ni UK Specs.. aku pun tak paham apa yang UK Specs nye tapi bila aku masuk, tgk dalam baru aku tau yang aircond dia ada heater dan meter dia dalam MPH bukan KMH macam standard punye. Selain tu, aku ada jugak dgr2 orang ckp body UK Specs ni lagi tebal dlm beberapa mm dari body standard sebagai menapati piawaian ketat yang dibuat oleh UK bagi kereta yang nak masuk ke dalam negara diorang... Kata oranglah.. aku pun taktau betul ke tak. So after deal dgn tokei kedai tu dan bawak kete ni untuk testing for awhile, aku dan bapak aku pun jadi nak angkat kete ni. 

Problem 1:

Baru je beberapa bulan bwk kete ni, rpm kete ni jadi gila. Time idle dia turun naik. Pastu bwk pegi pomen, throttle body dah kong. Time tu jugak aku baru tau owner lama pakai throttle body Perdana SEi. So lepas tuka throttle body recond, problem pun settle. 

Ni lah rupanya keter aku dalam facelift yang pertama (2003) :



Missed the Ah-Beng's colour!!!

Thursday, March 19, 2009

First post

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Blog ini direka sebab aku nak share experience aku dalam restore kereta Proton Satria aku yang dah pun berusia 13 tahun (register 1996). Plan asal untuk dispose kete ni tak jadi sebab value kete ni takde (rendah sgt used car nak amik) dlm pasaran jualan balik. So, dari jual dan menanggung kerugian pastu nak beli kereta baru dan hutang lagi selama 9 tahun; aku pun buat keputusan untuk pakai je kereta ni untuk few more years before tukar kereta baru (tapi kete ni simpan jer tak jual :P) Well, thats the plan. We never know what ahead of us.