Tuesday, March 31, 2009

History: Part 2

Sejarah kereta aku, bahagian kedua.

Setelah beberapa bulan menggunakan kereta ni, aku jadi addicted kat forum-forum kereta seperti Terato dan ZTH. Situ jugak aku belajar serba sedikit tentang asal-usul Proton Satria ni dan problem2 yang selalu menimpa pengguna kereta ni. Proton Satria ni dikeluarkan oleh Proton dengan mengambil kereta Mitsubishi Mirage sebagai platform (rebadged). First model Proton Satria memang sebijik macam Mitsubishi Mirage (circa 95-96), cuma bahagian depan je Proton tukar. Second model Proton Satria ni pulak (first facelift) Proton tukar bahagian belakang iaitu bonet dan bumper mengikut design Proton sendiri (aku rasalah..). Lepas tu tahun 98 keluar Proton Satria GTi dengan engine 4G93 DOHC (1.8) dan lepas tu keluar lagi beberapa varian seperti Satria SE dengan design bumper depan yang baru. Last sekali Proton keluarkan limited edition Satria R3 yang bagi aku hanya "souped up" GTi dengan beberapa barang R3 disumbat ke dalam kereta tu. Proton Satria diberhentikan production-nya pada tahun 2007 (tak silap aku) setelah Proton Satria NEO berada di pasaran dengan engine Campro keluaran Proton sendiri. 

Modifikasi terhadap kereta aku bermula apabila ex-housemate aku yang juga merupakan pengguna Satria jugak meng-offer aku satu set bahagian depan Mirage Cyborg (bumper dengan foglight kuning, fender, headlamp dan hood) pada harga yang agak murah. So, aku sebagai seorang yang suka menghabiskan duit PTPTN time tu apa lagi. Terus amik. Lepas dah pasang kat kedai ketuk dekat dgn rumah aku time tu, aku jadi tak puas hati sebab macam tak lengkap. So aku pun mula mencari bahagian2 lain seperti spoiler belakang, lips dan side skirt. Memang susah nak carik benda2 kecik ni dan hasil kunjungan ke kedai potong tak membuahkan hasil. Dah rezeki aku, time tu aku dengan membe aku pergi ke Mun Lee, Puchong nak cari benda2 tu tapi seperti biasa, diorang memang tak layan punya. Tapi ada satu mamat ni tanya kitorang nak cari barang apa. Kitorang pun cakap nak cari side skirt dengan lips depan. Pastu dia pun bagi no contact mamat ni. Aku pun contact dan dia suruh datang kat Batu Caves ambik barang. Spoiler pulak aku jumpa kat kedai potong dekat dengan rumah aku time tu kat Ampang dengan harga yang agak boleh tahan tapi sebab susah nak carik time tu, angkat jugak. Orang cakap sport rim kat Klang murah2 so kitorang pun pergi dan aku pun trade in sport rim aku dengan sport rim Enkei (Taiwan) sekali dengan 4-4 tayar dengan lug dengan harga yang murah gila. So, Klang memang terbukti murah! Setelah beberapa bulan kereta aku macam kete tak siap, aku pun pergi hantar cat Panther Black kat kedai membe bapak aku.

Dan inilah hasilnya: 

Facelift kedua (2004-2005)



3 comments: